fbpx

Penjimatan daripada subsidi akan dipulangkan semula kepada rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar memaklumkan kerajaan akan menyasarkan semula subsidi secara berfasa dan hasil daripada penjimatan itu akan dipulangkan semula kepada rakyat.

Anwar berkata, langkah pengurangan subsidi itu perlu dilakukan bagi menanggung beban hutang negara yang tinggi.

Menurut beliau, penjimatan subsidi akan dipulangkan menerusi peningkatan peruntukan untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

“Ini agak kontroversi, tapi kalau ikut jumlah subsidi tahun ini, tanpa langkah-langkah termasuk pengapungan ayam, ia akan mencecah RM81 bilion, ini merupakan jumlah subsidi tertinggi yang diperkenalkan oleh mana-mana negara di Asia.

“Bagi negara dengan prinsip tatakelola dan pengurusan bertanggungjawab, ini tidak mampu diteruskan kerana tanggungan hutang dan beban hutang yang tinggi,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI