fbpx

‘Kalau ada jalan pintas, boleh jimat 40 minit’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Azwan (tengah) bersama penduduk kampung di lokasi jalan pintas yang dicadangkan di Pasir Salak.

PASIR SALAK – “Sudah lama kami minta jalan pintas tetapi sampai sekarang masih belum diluluskan.”

Demikian luahan penduduk dari beberapa buah kampung di sini yang menggesa pihak terlibat supaya menyediakan jalan pintas terutama ke Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) yang dapat menjimatkan masa dan mempercepatkan perjalanan.

Antara kampung terlibat termasuk Kampung Sungai Kerang, Kampung Sungai Buaya, Kampung Sungai Timah, Kampung Sungai Jawi, Kampung Teluk Birah, Kampung Matang Guntung dan Kampung Sungai Ranggam.

Wakilnya, Jaafar Mohamed Noor berkata, jalan pintas ke WCE itu menjimatkan masa kepada hanya kira-kira 10 minit untuk ke WCE berbanding jalan biasa yang mengambil masa antara 40 hingga 50 minit.

“Ia dapat memudahkan perhubungan antara penduduk yang mempunyai urusan di kawasan luar.

“Jika jalan pintas itu dibina, ia akan memudahkan penduduk untuk berulang-alik ke tempat kerja atau ke bandar terdekat se­perti Teluk Intan dan Seri Manjung selain mempercepatkan proses membawa keluar hasil kampung,” katanya kepada Kosmo!.

Menurut Jaafar, penduduk sudah lama meminta agar jalan pintas dibina, namun ia belum diluluskan sehingga kini.

Tambahnya, jalan pintas itu akan memberi manfaat kepada hampir 3,000 penduduk yang berada di kampung-kampung ber­kenaan.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Khairul Azwan Harun menyokong cadangan pembinaan jalan pintas yang lebih selesa untuk kemudahan perhubungan penduduk.

“Jalan pintas ini akan memudahkan penduduk untuk ke Bagan Datuk, Sitiawan dan ke Selangor. Paling penting ia dapat membantu meningkatkan ekonomi penduduk khususnya dalam memasarkan hasil pertanian.

“Saya akan membawa permohonan penduduk ini kepada kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI