fbpx

[VIDEO] Angkat motosikal atas pembahagi jalan selamatkan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 50 motosikal disita menerusi Ops Bersepadu: Samseng Jalanan di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu, dekat Pantai Seagate, pagi tadi.

GEORGE TOWN – Sekumpulan penunggang motosikal sanggup mengangkat motosikal mereka menyeberangi pembahagi jalan bagi menyelamatkan diri dalam Ops Bersepadu: Samseng Jalanan di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu, dekat Pantai Seagate, awal pagi tadi.

Dalam operasi bermula pukul 2 pagi itu, ada dalam kalangan penunggang terbabit dikatakan sempat melarikan diri termasuk ada yang ‘masuk pukat’ apabila pasukan polis terlebih dahulu membuat sekatan di laluan atas lebuh raya berkenaan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, operasi tersebut dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Barat Daya bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri sehingga pukul 5 pagi tadi.

Menurutnya, dalam operasi tutup tersebut, sebanyak 144 saman telah dkeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik termasuk mengubah spesifikasi asal motosikal selain lesen memandu tamat tempoh.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 50 buah motosikal telah disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 Dan sebuah lagi disiasat di bawah Seksyen 108 APJ 1987 kerana memalsukan nombor pendaftaran,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Bayan Baru untuk siasatan lanjut.

Lokasi Pantai Seagate antara lokasi panas kumpulan pelesit rempit menunjukkan kehandalan di laluan yang lurus selepas beraksi di Bayan Baru dan persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Azlan Shah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI