fbpx

[VIDEO] Konflik Palestin-Israel: Pemuda menangis dapat hubungi rakan di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pertemuan semua antara dua sahabat, Mehmet dan Yahya yang kini sedang menetap di selatan Gaza.

PETALING JAYA – Seorang pemuda dari Malaysia tidak dapat menahan diri daripada mengalirkan air mata setelah sahabat baiknya dari Gaza tiba-tiba memasuki ruangan penstriman langsungnya di TikTok.

Video pertemuan semula dua sahabat itu dimuat naik oleh @mehmet.izudin.gul, seorang rakyat Malaysia yang sudah 19 tahun bermastautin di luar negara dan kini sedang menetap di Istanbul, Turkiye.

Menurut Mehmet, Yahya merupakan sahabat baiknya dari Gaza yang sangat dirindui setelah sekian lama tidak dapat berhubung.

Bagaimanapun, ketika melakukan penstriman secara langsung, Yahya menjelaskan, dia tidak dapat membuka kamera kerana berhadapan dengan masalah internet.

“Saya tidak dapat membuka kamera. Lagipun di sini (Selatan Gaza) tidak ada elektrik.

“Alhamdulillah, saya berada dalam keadaan baik. Tapi, doakanlah kami,” kata Yusof dalam video tersebut.

Tambah Mehmet, dia juga telah menghantar mesej hampir setiap hari kepada rakannya itu, namun tidak dibalas.

“Demi Allah, saya tahu awak hantar mesej kepada saya hampir setiap hari. Tetapi, di sini, internet tidak boleh diakses setiap masa.

“Saya boleh gunakan internet dalam satu hingga dua jam sahaja setiap hari. Ikutlah sebanyak mana saya sempat cas bateri telefon bimbit.

“Keadaan di sini sebenarnya lebih teruk daripada apa yang digambarkan,” jelas Yahya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna di laman TikTok turut berasa sebak dan tersentuh dengan perjumpaan semula dua orang sahabat baik tersebut.

“Saya terus menangis selepas awak menjerit panggil Yahya. Terus saya follow awak demi Yahya dan Gaza, kalau boleh saya nak tahu lebih lanjut tentang perkembangan Palestin,” kata Radja.

“Terus mengalir air mata selepas Yahya tanya kenapa menangis. Semoga Allah SWT berikan perlindungan buat Yahya dan seluruh rakyat Gaza,” kata Zakiah.

“Terharu tengok Yahya kekal tenang dan boleh bercakap dengan lancar walaupun kita tahu apa yang berlaku di sana,” kata Wanie.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 43,100 tanda suka dan 2,350 komen. – KOSMO! ONLINE

@mehmet.izudin.gulTeruslah hidup wahai Yahya. Sesungguhnya nama Nabi Yahya yang diberikan kepadamu itu sendiri bererti ‘teruslah hidup’. Teruslah hidup. Teruslah hidup sehingga ke hari-hari tuamu. (Selepas 46 Hari)

♬ original sound – Mehmet İzudin Gül

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI