fbpx

Skuad muda Harimau Malaya diundi kumpulan seimbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD B-23 Malaysia dapat mengelakkan negara-negara elit seperti Jepun atau Korea Selatan pada sesi undian yang berlangsung di Doha kelmarin.

PELUANG skuad bawah 23 (B-23) kebangsaan pada kempen Piala Asia B-23 2024 di Qatar agak seimbang selepas diundi dalam Kumpulan D bersama Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait.

Pengurus skuad B-23 negara, Datuk Seri Shahril Mokhtar mengakui sedikit lega apabila dapat mengelakkan negara-negara elit seperti Jepun atau Korea Selatan pada undian di Doha kelmarin.

Kata Shahril, kekuatan negara yang diundi bersama skuad muda Harimau Malaya masih lagi dalam jangkauan tetapi tidak bermakna pasukan boleh mengambil pendekatan mudah.

“Saya percaya, ini kumpulan terbuka dan apa sahaja boleh berlaku. Pada awalnya saya agak risau andai kita diundi bersama Korea Selatan atau Jepun.

“Namun, pasukan seperti Vietnam dan Uzbekistan pernah kita lawan sebelum ini tetapi kekuatan Kuwait masih lagi misteri dan kita perlu pantau,” katanya.

Mengulas lanjut, Shahril mengakui terlalu awal untuk memikirkan tentang sasaran meskipun saingan kali ini menawarkan slot kelayakan ke Olimpik Paris 2024.

“Sudah pasti kita perlu ada sasaran tetapi kita harus fokus satu perlawanan ke satu perlawanan. Saya optimis pasukan dapat berikan tentangan terbaik jika buat persiapan rapi,” katanya.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin menggesa skuad kendalian Juan Torres Garido untuk meraih salah satu daripada tiga slot automatik ke Sukan Olimpik.

Malaysia pernah bersaing dua kali pada kejohanan berprestij peringkat remaja itu dengan pencapaian terbaik pada 2018 di China apabila mara 16 terbaik.

Pada edisi 2022 di Uzbekistan, skuad B-23 negara yang ketika itu dibimbing oleh Brad Maloney mempamerkan prestasi hambar apabila terkandas di peringkat kumpulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI