fbpx

Kereta Mario Balotelli rempuh dinding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Balotelli dilaporkan pulang ke hampung halamannya ketika kejadian. - Pulse Sports

ROM, Itali – Bekas penyerang kelab bola sepak Manchester City, Mario Balotelli cedera ringan dalam satu kemalangan di bandar Brescia, lapor portal berita MailOnline semalam.

Balotelli, 33, kini bermain untuk kelab bola sepak Turkiye, Adana Demirspor. Dia dilaporkan pulang ke Itali untuk berehat daripada kecederaan.

Ketika kejadian, Balotelli hilang kawalan ke atas kereta Audi Q8 berharga £100,000 (RM590,293) miliknya dan merempuh dinding malam kelmarin. 

Dia kemudian dirawat oleh petugas paramedik selepas keluar daripada keretanya dan terbaring di atas tanah, namun tidak mengalami kecederaan serius akibat kemalangan itu.

Portal berita Sky Sport Italia melaporkan, polis tempatan cuba melakukan ujian pernafasan ke atas Balotelli selepas kemalangan namun dia menolaknya. Polis kemudian merampas lesen memandunya.

Kontroversi menyelubungi Balotelli sepanjang kariernya. Penyerang itu mengalami kemalangan hanya beberapa hari selepas menyertai kelab Manchester City pada 2010.

Kereta Audi R8 dipandunya merempuh padang latihan kelab bola sepak itu dan dia didapati membawa wang tunai sebanyak £5,000 (RM29,514) ketika kemalangan berlaku. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI