fbpx

Evelyne pasang impian wakili Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EVELYNE (kiri) berharap dapat mengiringi Sarah Adi (kanan) beraksi dalam kejohanan antarabangsa pada masa depan termasuk AUG Indonesia 2024. - FB SUKAN IPT

ATLET muda olahraga negara, Evelyne Tan Xie Yie berkongsi hasrat untuk mengiringi ratu lompat bergalah kebangsaan, Nor Sarah Adi menyarung jersi Malaysia di pentas antarabangsa pada masa depan.

Evelyne, 21, berpeluang mengikut pemenang pingat emas Sukan SEA Hanoi 2021 itu beraksi pada Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 di Surabaya-Malang, Indonesia selepas namanya berada dalam senarai panjang ke temasya itu.

Bagaimanapun, gadis dari Miri, Sarawak itu enggan bergembira terlalu awal kerana merasakan dia masih perlu meningkatkan kemampuannya ke satu tahap lebih tinggi untuk menjamin tempat ke AUG yang akan berlangsung 25 Jun tahun depan.

“Memang teringin nak ikut Chan (Sarah Adi) pergi kejohanan-kejohanan luar seperti Jemputan Korea Selatan, Taiwan dan kalau boleh dapat beraksi di Sukan SEA. Namun, saya sedar saya perlu tingkatkan diri sendiri dulu.

EVELYNE berjaya meraih pingat perak buat UNIMAS pada Grand Final VFT baru-baru ini. – EVELYNE TAN

“Saya kena capai 3.60 (meter) sekurang-kurangnya baru boleh ikut sebab itu had kelayakan Sukan SEA yang lalu. Saya cuma dapat buat 3.00m pada Kejohanan MAF disebabkan kurang fasiliti di sini.

“Tak mengapa, saya akan cari jalan untuk capai keputusan yang sama. Saya akan terus berlatih dan betulkan teknik dalam lompat bergalah. Kalau saya tidak putus asa mungkin ada sinar saya ke AUG,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Evelyne yang bermula de-ngan acara lari berpagar sebelum beralih ke lompat bergalah merupakan juara Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 di Kuala Lumpur tahun lalu dengan ca­tatan 2.90m, menewaskan Sarah Adi sebagai pilihan utama.

Penuntut jurusan Sains Komputer di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) itu me­ngulangi rekod peribadinya iaitu 3.10m ketika meraih tempat kedua di belakang Sarah Adi pada Grand Final Varsity Track & Field (VFT) di Arena Universiti Malaya minggu lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI