fbpx

51 sekolah terima e-mel ancaman bom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis memeriksa pekarangan sekolah khas yang terletak di Sitiawan semalam.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 51 laporan berhubung ancaman bom palsu di sekolah seluruh negara setakat 23 November lalu.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, laporan kes terbabit meningkat berikutan penerima e-mel lewat membacanya meskipun ancaman itu dihantar pada waktu yang hampir sama.

Daripada jumlah itu, laporan melibatkan 18 buah sekolah di Selangor, Kuala Lumpur (7), Johor (6), Negeri Sembilan (3), Pulau Pinang (4), Sarawak (5), Perak (3), Sabah (2) dan Kedah (3).

“Seperti mana Ketua Polis Negara memaklumkan, perkara ini pernah berlaku di Jamaica. Ini bukan sesuatu yang baru dan ini dari luar negara.

“Namun, polis akan mengambil setiap ancaman ini secara serius. Kita tidak mahu sesiapa ‘menangguk di air yang keruh’, dan memastikan tiada unsur sabotaj.

“Penerima e-mel ancaman bom ini menjadi sasaran dipercayai kerana alamat emel mereka tertera di domain awam,” katanya ketika sidang akhbar di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Jelas Mohd. Shuhaily, sebanyak 10 kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Ia masih dalam siasatan dan saya tidak boleh pastikan kerana ini melibatkan negara luar dan ia sangat sensitif.

“Kita juga meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) untuk menjalankan siasatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI