fbpx

PAC mohon kerajaan masukkan peranan dalam pindaan Akta Audit 1957

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mas Ermieyati di Dewan Rakyat semalam

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memohon kerajaan memasukkan peranan dan tanggungjawab jawatankuasa itu dalam pindaan Akta Audit 1957 yang dilakukan tahun depan.

Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia berikutan pemakluman dibuat oleh Ketua Audit Negara bahawa kerajaan bercadang untuk meminda akta berkenaan.

Katanya, permintaan tersebut dibuat supaya PAC dapat melaksanakan tugas dengan lebih mantap dan berkesan.

“Itu yang kita minta untuk ada. Maksudnya ada peranan PAC dimasukkan.

“Saya percaya dengan adanya sesi libat urus ini daripada masa ke masa boleh bincangkan yang terbaik untuk jalin kerjasama di masa hadapan sebab ia penting untuk melihat kuasa dan tanggungjawab PAC bagi melaksanakan tugas dengan lebih mantap dan berkesan,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen semalam.

Dalam pada itu, Mas Ermieyati berkata, bagi prosiding isu Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022, pihaknya akan memberikan tumpuan kepada tajuk yang dikenal pasti mempunyai unsur 3P iaitu penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan pembaziran serta 1K iaitu kecuaian.

“Disebabkan itu, PAC telah membuat keputusan untuk memanggil Kementerian Kewangan bagi memberikan penjelasan berhubung Pengurusan Pembangunan Hartanah Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) pada Khamis depan.

“PAC akan memaklumkan dari semasa ke semasa bagi tajuk lain untuk prosiding,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI