fbpx

KSM rangka dasar selaraskan latihan industri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapha (dua kiri) menyampaikan anugerah Pembayaran Elaun Tertinggi kepada pelajar bagi program latihan industri kepada wakil Crowe Malaysia PLT, Elvina Tay (dua kanan) pada majlis Anugerah Penghargaan Program Latihan Industri Berstruktur Kebangsaan (MySIP) di Aloft Hotel, KL Sentral, Kuala Lumpur. Turut serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp, Thomas Mathew (kiri). Foto oleh FAUZI BAHARUDIN/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang merangka sebuah dasar untuk menyelaraskan latihan industi pada setiap peringkat bagi memudahkan kolaborasi antara institusi pengajian tinggi (IPT) dengan keperluan industri.

Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia (KSM), Datuk Mustapha Sakmud, kementerian melalui Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) sedang menyediakan kertas kerja berkenaan latihan industri yang bakal dibentang di kabinet pada masa terdekat.

“Buat masa sekarang, kementerian sudah siap merangka dasar mengenai latihan industri serta berbincang mengenai jumlah elaun yang bersesuaian untuk diberikan kepada para pelajar. Bagaimanapun, kertas kerja tersebut masih lagi dalam penelitian.

“Namun, kami berharap agar kabinet dapat mempertimbangkan dasar tersebut supaya ia boleh menjadi kenyataan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Anugerah Penghargaan Program Latihan Industri Berstruktur Kebangsaan (MySIP) di Aloft Hotel, KL Sentral, di sini hari ini.

Tambah Mustapha, dasar tersebut dapat mengelakkan pelajar daripada menjadi mangsa ‘buruh percuma’ atau menerima elaun dengan jumlah yang kecil dan tidak sepadan kerja yang dilakukan.

“Pada hari ini, sebanyak 27 anugerah telah disampaikan dalam pelbagai kategori. Ada syarikat yang sempat saya jumpa hari ini memberikan RM1,000 hingga RM3,000 kepada pelajar latihan industri.

“Pemberian anugerah ini merupakan salah satu cara kerjaan memberi pengiktirafan kepada syarikat ini supaya mereka boleh menjadi contoh kepada syarikat lain,” katanya.

Sejak 2012, Program Latihan Industri Berstruktur Nasional (MySIP) kelolaan TalentCorp telah memanfaatkan lebih 112,000 pelajar dengan purata 600 syarikat mengambil bahagian setiap tahun.

Selain menawarkan insentif potongan cukai dua kali kepada Syarikat MySIP berdaftar, inisiatif in berfungsi sebagai saluran kumpulan bakat yang berharga untuk syarikat tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI