fbpx

Ikan gergasi muncul di Manir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kakak teruja melihat tiga ekor ikan tapah bersaiz gergasi dihanyutkan banjir yang berjaya ditangkap penduduk di Manir, Kuala Terengganu pada kelmarin.

KUALA TERENGGANU – Orang ramai dinasihatkan tidak terlalu panik dengan penemuan beberapa ekor ikan tapah bersaiz gergasi di Manir di sini beberapa hari lalu yang kononnya dikaitkan dengan kemungkinan banjir besar.

Ikan-ikan tapah yang dianggarkan seberat mececah 10 kilogram setiap seekor itu berjaya ditangkap penduduk setelah dihanyutkan banjir dari limpahan Sungai Nerus dekat sini pada Isnin lalu.

Pengarah Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Madya Dr. Amirrudin Ahmad berkata, kemunculan ikan tapah bersaiz gergasi tersebut tidak boleh dianggap sebagai petanda malapetaka bakal berlaku di negeri ini.

Beliau berkata, tiada dapatan sains boleh mengaitkan kemunculan ikan bersaiz mega sama ada di sungai mahupun laut sebagai indikator berlakunya banjir besar.

“Setakat ini, tiada hujah membuktikan kearifan tempatan, pengalaman, ramalan atau firasat dengan sesuatu bencana masa depan.

“Jangan terlalu taksub dengan kisah tular seperti ini. Cukuplah kita sentiasa berwaspada tentang segala kemungkinan pada Monsun Timur Laut (MTL) ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu, klip video berdurasi 17 saat memaparkan kejayaan seorang penduduk berjaya menangkap ikan tapah bersaiz gergasi yang dihanyutkan banjir tular di media sosial sejak kelmarin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI