fbpx

Pasangan kembar maut ke tempat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat mangsa yang maut dalam kemalangan itu.

KUALA SELANGOR – Pasangan kembar lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah van di Jalan Rizab Derahman, Jeram di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 11.50 pagi itu menimpa mangsa berusia 18 tahun yang juga penghantar barang sebuah syarikat kurier.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd. Ambia Nordin berkata, siasatan awal mendapati dua beradik tersebut yang menaiki Yamaha Y16 dalam perjalanan ke tempat kerja mereka di Puncak Alam.

“Setibanya di lokasi, motosikal itu cuba memotong sebuah van jenis Nissan di laluan sama.

“Van itu bagaimanapun membelok ke kanan dan menyebabkan mangsa terlanggar lalu hilang kawalan dan terbabas,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Tambah beliau, kedua-dua mangsa yang menetap di Jeram itu cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mereka telah dihantar ke Hospital Tanjong Karang bagi proses bedah siasat.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI