fbpx

Kompleks lupus al-Quran di Chenor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYED IBRAHIM (tengah) memegang abu al Quran yang dilupuskan di relau Kompleks Pemuliaan Al-Quran Pahang di Chenor, hari ini. Foto SALEHUDIN MAT RASAD

MARAN – Kompleks Pemuliaan al-Quran Chenor bernilai RM266,000 di tapak asal Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Chenor yang beroperasi awal tahun ini menjadi pusat pelupusan al-Quran terbesar di negeri ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, mana-mana al-Quran yang tidak boleh dibaca, rosak, salah cetak dan lain-lain dilupuskan di situ.

Menurutnya, penubuhan pusat itu bagi melancarkan dan memudahkan proses pelupusan ayat-ayat suci al-Quran mengikut adab Islam.

“Pada masa ini JAIP memiliki dua buah pusat pelupusan al-Quran di daerah Pekan dan Chenor di Maran yang menggunakan teknologi dan kepakaran khas untuk memproses abu al-Quran.

“Kapasiti pelupusan di kompleks ini antara 500 ke 700 kilogram mengikut tatacara pemuliaan mashaf,” katanya selepas merasmikan Kompleks Pemuliaan al-Quran Negeri Pahang, di PAID Chenor hari ini. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI