fbpx

Johari Ghani, Rafizi antara calon layak Menteri Kewangan II

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi (kir) dan Johari

PETALING JAYA – Bekas Ahli Parlimen Bangi, Dr. Ong Kian Ming mencadangkan bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli antara 15 calon berkelayakan untuk memegang jawatan Menteri Kewangan II sekiranya berlaku rombakan Kabinet.

Beliau menerusi podcast ‘Keluar Sekejap’ kendalian bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Shahril Hamdan semalam berkata, senarai pilihannya itu adalah melihat kepada latar belakang mereka yang mempunyai pengalaman serta ilmu ekonomi dan kewangan.

Antara individu lain yang disenaraikan adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng.

Selain itu, beliau juga mencadangkan beberapa tokoh korporat termasuk Penasihat Petronas, Tan Sri Hassan Marican dan Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Tambahnya, Khairy Jamaluddin juga dilihat mempunyai potensi yang baik untuk menggalas jawatan tersebut selain menyuarakan keterbukaan beliau sekiranya ditawarkan peluang untuk membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mengendalikan Kementerian Kewangan.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan bahawa rombakan Kabinet di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berlaku dalam masa terdekat.

Beliau berkata antara sebabnya ialah kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI