fbpx

46 premis industri diserbu biak aedes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Jabatan Kesihatan Negeri Selangor memeriksa premis industri di sekitar Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor kelmarin.

KUALA LANGAT – Sebanyak 46 premis perindustrian dikenakan tindakan selepas didapati membiak nyamuk aedes yang berisiko menyebabkan penyebaran denggi dalam Ops Industri di sekitar Telok Panglima Garang di sini, kelmarin.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, pihaknya memandang serius peningkatan kes denggi yang berlaku ketika ini sehingga melebihi 63.2 peratus.

Katanya, sebanyak 50,703 kes dan 14 kematian direkodkan di Selangor sehingga Minggu Epidemiologi ke-45 (ME45)  sekali gus meningkat berbanding tempoh sama tahun lalu hanya 31,078 kes dan lapan kematian.

“Justeru, kita melancarkan operasi bersepadu melibatkan 130 anggota penguat kuasa dengan 46 premis daripada 77 yang diperiksa positif dengan pembiakan nyamuk aedes.

“Pemeriksaan turut menemukan sebanyak 84 bekas yang didapati positif aedes dengan empat notis dikeluarkan mengikut Seksyen 8 Akta 154 bersama arahan kerja pembersihan,” katanya hari ini.

Tambah beliau, kertas siasatan akan dibuka pihaknya dan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi pendakwaan.

“Tindakan mahkamah itu bertujuan meningkatkan kesedaran pihak pengurusan industri supaya lebih prihatin mengenai kesejahteraan masyarakat setempat. Sabit kesalahan, ia memperuntukkan denda maksimum RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI