fbpx

Rakyat Palestin mahu balik Gaza, rayu bantuan kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video di Instagram Yusouf.

PETALING JAYA – Seorang rakyat Palestin yang kini berada di Malaysia meminta bantuan daripada kerajaan untuk membantunya pulang ke Gaza, Palestin.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Yousuf, 28, melalui sebuah video yang dimuat naik di instagramnya, yousuf_anak_palestine berkata, dia mahu pulang ke Palestin selepas lebih 10 hari gagal menghubungi ahli keluarganya.

Katanya, dua ahli keluarganya juga sudah syahid apabila kediaman mereka dibom rejim zionis baru-baru ini.

“Saya minta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tolong saya. Saya nak balik Palestin. Saya mahu minta satu surat yang membolehkan saya memasuki Gaza melalui Rafah.

“Sehingga sekarang dua ahli keluarga telah syahid dan saya kini gagal menghubungi ahli keluarga saya. Kalau boleh bantu saya, beritahu saya.

“Terima kasih Malaysia, saya bersyukur duduk di sini,” katanya.

Difahamkan Yousuf sudah sembilan tahun di Malaysia sejak tahun 2015 bagi melanjutkan pelajaran dan sedang bekerja di negara ini.

Yousuf dalam sebuah wawancara baru-baru ini memaklumkan dia kini mencari rezeki di negara ini bagi membantu keluarganya di Gaza dan mempunyai seramai 11 orang adik-beradik di sana. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI