fbpx

Khidmat lupus gambar kahwin dapat sambutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja akan merakam keseluruhan proses sebagai bukti kepada pelanggan. - Oddity Central

BEIJING – Sebuah syarikat di wilayah Shandong, China menjadi perhatian ramai kerana menawarkan perkhidmatan memusnahkan gambar perkahwinan yang murah dan berkesan kepada pasangan bercerai, lapor laman berita Oddity Central. 

Pasangan di China kebiasaannya mengabdikan gambar perkahwinan mereka pada kanvas akrilik yang kuat dan tahan api. Selepas berpisah, mereka enggan membuang gambar ke dalam tong sampah kerana bimbang dikenali orang.

Ini memberi peluang kepada seorang lelaki bernama Liu untuk memulakan syarikat dengan pengkhususan dalam khidmat mencarik gambar perkahwinan bagi membantu pelanggan melupakan masa lalu sambil melindungi privasi mereka.

“Gambar perkahwinan termasuk dalam kategori item privasi dan saya percaya terdapat permintaan tinggi untuk perkhidmatan ini. Kami telah menerima pesanan dari setiap wilayah dan perbandaran di seluruh China kecuali Tibet,” kata Liu.

Syarikat itu menawarkan beberapa pilihan harga bermula daripada 10 yuan (RM6) sehingga 100 yuan (RM64), bergantung kepada saiz gambar yang perlu dimusnahkan. Setelah mencapai persetujuan, pelanggan perlu menghantar gambar tersebut ke pusat operasi di Langfang.

Pekerja akan menyembur cat pada gambar dan memasukkannya ke dalam mesin carik. Keseluruhan proses dirakam dan video tersebut akan dihantar kepada pelanggan sebagai bukti. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI