fbpx

[VIDEO] Pencuri naik kereta Wira, Accord diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dua kereta yang dinaiki suspek kes kecurian kabel telekomunikasi ketika melarikan diri di kawasan Air Itam, semalam.

GEORGE TOWN – Polis giat memburu suspek yang memandu kereta jenis Proton Wira berwarna putih dan Honda Accord kuning selepas mereka dipercayai terlibat dalam kes kecurian kabel telekomunikasi di kawasan Air Itam di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V. Saravanan berkata, pihak telah terkesan dengan satu video tular berdurasi 13 saat yang dimuat naik seorang pemilik akaun di Twitter, pada pukul 1.30 tengah hari tadi.

Menurutnya, polis bagaimanapun telah menerima laporan daripada seorang kakitangan syarikat telekomunikasi yang dibuat di Balai Polis Bandar Baru, Air Itam, semalam.

“Pengadu mengatakan hasil pemeriksaan yang dibuat pada 13 November (semalam), kira-kira pukul 8.30 pagi di kawasan Air Itam mendapati tujuh batang kabel telah hilang dan empat batang kabel telah dipotong serta ditinggalkan di atas jalan.

“Suspek telah melarikan diri dari tempat kejadian selepas menyedari kakitangan syarikat telekomunikasi tersebut.

“Suspek menaiki kereta jenis Proton Wira berwarna putih dan Honda Accord warna kuning. Polis masih dalam tindakan mengesan suspek yang terlibat dalam kes tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, petang ini.

Beliau memberitahu lagi, anggaran kerugian adalah bernilai RM15,000 dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI