fbpx

Sharif, Syaiful Zero juara mingguan Family Duo 3 lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARIF dan Syaiful diumumkan sebagai juara minggu kelima FD3 hari ini.

SHAH ALAM – Pasangan duo Sharif dan Syaiful Zero dipilih sekali lagi diumumkan sebagai juara minggu kelima Famili Duo musim tiga (FD3) yang berlangsung di Studio NTV7 Glenmarie, di sini, malam ini.

Sharif dan Syaiful Zero mempamerkan persembahan bertenaga seiring suntikan elemen jenaka ketika membawakan lagu Mentera Semerah Padi nyanyian asal M.Nasir.

Kehadiran Joey Daud sebagai cameo ternyata berjaya membantu persembahan mereka untuk memikat kedua hati juri tetap.

Sebelum ini, pasangan dua bersaudara itu mengungguli juara untuk minggu pertama.

Sebagai juara mingguan bagi persembahan bertemakan Idola dan Lagenda, pasangan duo adik beradik itu membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.

Mereka menduduki tempat pertama dengan markah keseluruhan 73.9 peratus meninggalkan jauh lima lagi pasangan duo lain.

Selaku juara, Sharif dan Syaiful juga diberi kelebihan untuk memilih tema bagi konsert kelima minggu depan dan mereka memilih Retro/60’s 70’s.

FD3 turut membariskan Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (Duo Sepupu); Tom dan Fuad Rahman (Duo Suami Isteri); Ryan Bakery dan Adam (Duo Adik Beradik) serta Amzah dan Syahir (Duo Adik Beradik).

Program lapan episod itu memilih pemenang mingguan bersandarkan pemarkahan juri sebanyak 70 peratus, manakala undian dalam talian di Tonton membabitkan 30 peratus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI