fbpx

Pulau Pinang diharap terap konsep ‘belanjawan Rahmah’ – Reezal Merican

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reezal Merican (kanan) menyantuni seorang penerima bantuan sempena Majlis Sumbangan Deepavali peringkat Kepala Batas, hari ini.

SEBERANG PERAI – Kerajaan negeri diharap dapat menerapkan konsep ‘belanjawan Rahmah’ semasa sesi pembentangan Belanjawan Pulau Pinang 2024 yang dijadualkan pada 24 November ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, hal ini demikian kerana nilai Rahmah yang diterapkan dalam belanjawan tahunan itu mampu memberi lebih banyak keuntungan serta limpahan manfaat kepada rakyat negeri ini secara keseluruhannya.

Pada masa sama, Reezal Merican turut berharap agar belanjawan yang akan dibentangkan nanti seiring dengan konsep Belanjawan Madani yang digagaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

“Dalam hal ini, Belanjawan Madani sebenarnya telah memberikan satu perasaan iaitu ‘the real feeling of rahmah’ (perasaan rahmah yang sebenar) kepada rakyat.

“Justeru, saya berharap belanjawan kerajaan negeri juga akan berteraskan perkara ini (rahmah) yang keseiringan antara negeri dan pusat itu akhirnya boleh memberi lebih limpahan (manfaat) kepada rakyat semula,” katanya.

Beliau ditemui pemberita semasa menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Sempena Deepavali bagi peringkat Kepala Batas di Kuil Sri Sithi Vinagayar di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Reezal Merican yang juga bekas Ahli Parlimen Kepala Batas berkata, seramai 300 keluarga kurang berkemampuan menerima bantuan wang tunai serta barangan asas lain sempena sambutan Deepavali, esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI