fbpx

Dr. Mahathir di KS, ramai teringat zaman Pak Lah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahathir (kiri) dan Khairy Jamaluddin.

PETALING JAYA – Podcast Keluar Sekejap yang dikendalikan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Shahril Hamdan mengumumkan tetamu khas untuk episod 65 iaitu Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pengumuman itu dibuat menerusi perkongsi di Instgram Keluar Sekejap memaparkan Dr. Mahathir, sebentar tadi.

“Anda minta, kami beri. Kami sangat teruja untuk mengumumkan Tun Dr. Mahathir sebagai tetamu kami yang seterusnya.

“This episode is defenitely one for the books. Kami berterima kasih kepada Tun Mahathir kerana sanggup meluangkan masa bersama kami,” katanya di ruang kapsyen.

Sehubungan itu, rata-rata ramai yang tidak sabar untuk menunggu episod tersebut kerana Dr. Mahathir merupakan antara figura penting dalam sejarah pembangunan Malaysia dan politik negara.

“Episod ini kalau lima jam pun aku sanggup tengok. Nak tahu kisah-kisah sensasi dalam politik semasa (Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri),” kata Mubar.

“Wow, tak sabar ini. Besar episod selepas ini. Lepas ini boleh pula jemput PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim),” ujar shahrul.

Podcast Keluar Sekejap yang disiarkan melalui saluran Youtube dan Spotify kini memiliki sebanyak 200,000 subscriber dengan 64 episod yang dimuat naik sejak awal tahun ini.

Antara episod yang menjadi sebutan adalah episod 34 bersama Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dengan 1.5 juta tontotan dan episod 61 bersama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan 1.7 tontonan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI