fbpx

Arina lakar kejutan layak ke Olimpik Paris 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMANAH recurve wanita negara Ariana Nur Dania Zairi mengesahkan tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas mara ke final Kejohanan Kelayakan Benua Asia di Bangkok, Thailand sebentar tadi. -FB World Archery

SEPANG – Seorang lagi wakil negara turut mengesahkan tempat ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas pemanah recurve wanita negara, Ariana Nur Dania Zairi tampil cemerlang dengan mara ke pentas final Kejohanan Kelayakan Benua Asia di Bangkok, Thailand hari ini.

Lebih membanggakan, atlet berusia 18 tahun secara merit menjadi wakil keempat negara mengesahkan kedudukan untuk beraksi di temasya empat tahun sekali itu.

Pada saingan tersebut, Ariana Nur Dania melakukan panahan terbaik dengan mata keseluruhan 649 mata dan menguasai tempat pertama pusingan kelayakan.

Aksi terbaik itu membolehkannya memecahkan rekod baharu kebangsaaan bagi acara recurve wanita 36 anak panah dari jarak 70 meter.

ARIANA Nur Dania Zairi (tengah) meraih pingat emas di Kejohanan Kelayakan Benua Asia.

“Kejohanan ini sepatutnya menjadi medan untuk saya mengutip pengalaman, saya langsung tidak menyangka akan dapat menang ataupun layak ke Sukan Olimpik, tetapi apa-apa pun saya tetap bersyukur dan teruja dengan peluang ini.

“Ini adalah satu langkah yang besar kerana saya tidak banyak beraksi di kejohanan antarabangsa, jadi mendapat tempat di Sukan Olimpik adalah sesuatu yag besar bagi saya secara peribadi,” kata Ariana.

Dia tidak berhadapan masalah mengesahkan tempat ke Sukan Olimpik Paris 2024 dengan menewaskan pemanah Iran, Yasna Pour Mahani, dalam aksi separuh akhir untuk ke final.

Ariana Nur Dania kemudian terus mencuri tumpuan dalam aksi final, di mana dia menewaskan pemanah Uzbekistan, Ziyodakhon Abdusattorova, 7-3 untuk dinobatkan sebagai pemenang pingat emas.

Sebagai rekod, Ariana Nur Dania adalah atlet keempat negara layak secara merit ke temasya sukan terbesar dunia itu selepas Bertrand Rhodict Lises daripada sukan terjun, Nur Shazrin Latif (pelayaran) dan Jhonathan Wong (menembak). -KOSMO! Online

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI