fbpx

Syed Saddiq bukan lagi Presiden Muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYED SADDIQ pada sidang akhbar selepas disabitkan kesalahan dengan hukuman petang tadi.

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini, mengumumkan mengosongkan jawatan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) berkuat kuasa serta-merta.

Muda dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia bagi membolehkan bekas Menteri Belia dan Sukan itu membersihkan nama beliau daripada sabitan hukuman oleh mahkamah yang dihadapi.

“Muda mengambil maklum akan keputusan yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas Ahli Parlimen Muar, Yang Berhormat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada hari ini.

“Muda ingin menegaskan bahawa YB Syed Saddiq sentiasa menghormati proses undang-undang di Malaysia dan beliau tidak pernah menangguhkan perbicaraan atas apa-apa sebab sekali pun.

“Lanjutan itu, Muda dengan ini mengumumkan pengosongan jawatan YB Syed Saddiq sebagai Presiden Muda berkuatkuasa serta merta,” katanya.

Sementara itu, jelas kenyataan tersebut, jawatan Presiden akan dipangku Timbalan Presidennya, Amirah Aishah.

“Muda juga akan terus berdiri teguh dan memberi sokongan penuh bersama YB Syed Saddiq sepanjang proses rayan yang akan dilakukan dalam kadar segera.

“Pendakwaan politik terpilih sebegini wajar dihentikan. Amalan ini telah digunakan untuk kepentingan peribadi, memburukkan dan mencemarkan nama individu yang tidak bersalah.

“Muda percaya bahawa pendakwaan politik terpilih terhadap YB Syed Saddiq akan menerima pembelaan sewajarnya. Sebagai sebuah parti yang menjunjung prinsip politik bersih dan berintegriti, Muda akan terus memastikan khidmat bakti kepada rakyat serta kepentingan negara,” jelas kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI