fbpx
Salah seorang mangsa runtuhan tapak pembinaan resort dibawa naik ke Jeti Kuala Besut, hari ini.

[VIDEO] [KEMASKINI] Runtuhan resort Pulau Perhentian: Dua mangsa berjaya dikeluarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BESUT – Dua daripada tiga mangsa yang ditimbus dalam runtuhan tapak pembinaan sebuah resort di Pulau Perhentian, di sini, berjaya dikeluarkan sebentar tadi.

Bot ambulan membawa kedua-dua mangsa warga Indonesia tiba di Jeti Kuala Besut pada kira-kira pukul 1.50 tengah hari.

Mereka yang berkain pelikat mengalami kecederaan parah pada beberapa anggota badan.

Kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Besut di sini untuk mendapatkan rawatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI