fbpx

Harga ayam di Kedah dijangka kekal sempena Deepavali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Affendi (kanan) memeriksa pelbagai barangan semasa melakukan lawatan sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2023 di sebuah pasar raya di Sungai Petani, hari ini. 

SUNGAI PETANI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menjangkakan harga runcit ayam di negeri ini kekal di bawah RM9.40 sekilogram menjelang Deepavali, hujung minggu ini.

Pengarah KPDN Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata, ia berdasarkan maklum balas yang diperoleh daripada peniaga dan pembekal ayam mengenai bekalan sumber protein utama tersebut.

“Bagi tempoh perayaan Deepavali, kami telah memeriksa status bekalan dan harganya. Pada hari ini, keseluruhan bekalan di Kedah terkawal dan stabil.

“Sehubungan itu, dijangkakan tidak terdapat kenaikan harga mendadak semasa perayaan Deepavali kerana bekalan adalah stabil,” katanya selepas melancarkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali di sebuah pasar raya di Bandar Puteri Jaya, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI