fbpx

Warga emas rugi RM120,000 ditipu menang loteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SIBU – Gara-gara teruja untuk mendapat wang percuma sebanyak RM200,000, seorang lelaki warga emas rugi sebanyak RM120,000 apabila ditipu tiga individu yang kononnya dia memenangi loteri.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata pada awal November lalu, mangsa berusia dalam lingkungan 70-an itu telah didatangi oleh suspek semasa berada di tempat meletak kenderaan berhampiran sebuah hotel di Daerah Kanowit.

Menjelas lanjut, beliau berkata suspek mengatakan telah memenangi loteri berjumlah RM300,000 dan salah seorang suspek perempuan kemudian meminta nombor akaun bank mangsa untuk digunakan bagi tujuan kemasukan wang kemenangan loteri berkenaan.

Katanya mangsa turut dijanjikan akan diberi wang sebanyak RM200,000 tetapi dengan syarat mangsa memberikan wang berjumlah RM120,000 terlebih dahulu kepada mereka.

Mohd Azman berkata, mangsa yang bersetuju dengan tawaran suspek itu seterusnya dibawa oleh ketiga-tiga suspek menaiki sebuah kenderaan menuju ke bandar Sibu kononnya untuk urusan pembayaran wang kemenangan loteri berkenaan.

Kemudian, beliau berkata mangsa dibawa oleh ketiga-tiga suspek untuk mengeluarkan wang berjumlah RM119,000 dari akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan akaun simpanan miliknya di sebuah institusi kewangan.

“Selepas itu, mangsa menyerahkan wang tunai berjumlah RM120,000 kepada seorang suspek perempuan sebelum mangsa dihantar balik ke pekan Kanowit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Azman berkata mangsa hanya menyedari ditipu setelah membuat semakan akaun di sebuah institusi kewangan di bandar Sibu beberapa hari kemudian dan mendapati tiada kemasukan wang berjumlah RM300,000 seperti yang dijanjikan oleh ketiga-tiga suspek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI