fbpx

Terokai sinergi syarikat gergasi kelapa sawit dengan pekebun kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar tertarik melihat drone untuk kegunaan pertanian yang dipamerkan selepas merasmikan PIPOC 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. -Foto oleh FAUZI BAHARUDIN /KOSMO!

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu terokai sinergi antara syarikat gergasi industri kelapa sawit yang lebih mantap, maju dan berjaya dengan pekebun kecil.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana ia bukan sahaja dapat membantu kemajuan ekonomi negara ini dalam sektor kelapa sawit, tetapi kebajikan pekebun kecil.

Beliau berkata, ia berikutan prestasi memberangsangkan sektor kelapa sawit turut disumbangkan oleh pekebun kecil yang menyumbang 28 peratus daripada jumlah keluasan pengeluaran minyak sawit.

“Saya harap pihak Kementerian Perladangan dan Komoditi dapat mempertimbangkan dengan serius perkara ini kerana pekebun kecil yang bergantung sepenuhnya atas kapasiiti mereka sudah tentu lebih sukar kerana penyelidikan, pemahaman dan cabaran industri secara amnya yang terhad.

“Jadi, saya ingin mengulangi bahawa bahawa pemberian awal sebanyak RM100 juta (Insentif Program Tanam Semula Sawit melalui Belanjawan 2024) ini, kini dengan sokongan pemain utama dalam industri, saya pasti ada kemungkinan peningkatan dengan syarat syarikat-syarikat ini berbuat demikian iaitu mempunyai beberapa bentuk sokongan dan sinergi dengan pekebun kecil dan saya percaya ini penting.

“Alasan kedua ialah kerana Ekonomi Madani memerlukan kita untuk memajukan kebajikan masyarakat secara amnya, dan kita tidak boleh terus melihat perbezaan ketara dalam ketidaksamaan antara syarikat yang paling berjaya dan mereka yang secara relatifnya lebih kecil, yang jumlahnya besar dan kadang-kadang jatuh ke dalam kumpulan berpendapatan rendah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa 2023 (PIPOC 2023), di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI