fbpx

Konflik Palestin-Israel: Semua kedai roti di utara Gaza ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang budak lelaki membawa beg plastik mengandungi roti ketika melalui sebuah bangunan yang musnah akibat dibedil peluru di Bandar Gaza, 28 Oktober lalu. - AFP

BANDAR GAZA – Semua kedai roti di utara Gaza terpaksa ditutup akibat kekurangan bahan api, air dan tepung, lapor laman berita Middle East Eye.

Menurut Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), akses kepada roti di selatan Gaza juga menjadi terdesak.

“Satu-satunya kilang yang beroperasi di Gaza masih tidak dapat mengisar gandum kerana kekurangan tenaga elektrik dan bahan api,” kata agensi itu.

Sebanyak 11 kedai roti telah dimusnahkan sejak 7 Oktober lalu akibat serangan askar Israel.

Hanya satu daripada kedai roti yang mendapat kontrak Program Makanan Sedunia (WFP) bersama lapan kedai roti lain di selatan Gaza secara berselang-seli menyediakan roti ke tempat perlindungan, bergantung kepada ketersediaan tepung dan bahan api.

“Orang ramai beratur berjam-jam di kedai roti, di mana mereka terdedah kepada serangan udara,” tambah OCHA. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI