fbpx

Dialisis buah pinggang, Perkeso tanggung RM350 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sivakumar (tiga dari kanan) menyampaikan mesin hemodialisis kepada Persatuan Meningkat Akhlak Woh Peang Cheang pada Majlis Sambutan Deepavali Perkeso di Hotel Impiana, Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menanggung kira-kira RM350 juta tahun ini untuk membiayai faedah dialisis kepada pencarum yang menghadapi sakit buah pinggang.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, kos tersebut adalah sangat besar dan bagi meringankan beban Perkeso, usaha sedang dilakukan untuk menambah pusat dialisis yang dikendalikan agensi itu sendiri di seluruh negara.

“Ini boleh mengurangkan liabiliti Perkeso kerana kos dapat dikurangkan dan pada masa yang sama membantu mereka sekiranya Perkeso sendiri memiliki pusat-pusat dialisis ini,” katanya pada sidang akhbar sempena penganjuran Sambutan Deepavali Perkeso 2023 di sini hari ini.

Sivakumar berkata, ketika ini, terdapat empat pusat dialisis dikendalikan oleh Perkeso iaitu di Klang dan Shah Alam, Selangor serta di Batu Pahat dan Kluang, Johor dan Perkeso.

Dalam pada itu, katanya, setakat Oktober 2023, Perkeso membelanjakan hampir RM46.84 juta untuk menyediakan 1,171 unit mesin hemodialisis sejak rawatan dialisis mula diperkenalkan agensi tersebut pada tahun 1998.

Sementara itu, beliau memaklumkan, pihaknya tidak menerima aduan dan laporan berhubung pemberhentian kerja susulan kempen boikot yang digerakkan rakyat negara ini terhadap syarikat dan produk berkaitan Israel.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI