Alkisah pada zaman Nabi Ibrahim AS, saat baginda dibakar api besar oleh Raja Namrud, seekor burung kecil segera berusaha memadamkan api dengan membawa air di paruhnya. Burung-burung besar mentertawakannya, namun ia tetap bertungkus lumus menitiskan air pada api. “Hahaha usaha sia-sia! Adakah api sebesar itu mampu dipadamkan oleh titisan air?” ejek burung besar. Jawab burung kecil: “Aku yakin Allah tidak akan bertanya kepadaku apakah dengan usahaku api itu berjaya dipadamkan, tetapi Allah pasti bertanya apa yang telah aku lakukan untuk……














