fbpx
SIKAP pengguna yang tidak gemar berbelanja secara bersemuka antara faktor kes penipuan meningkat. – Gambar hiasan

Beli barang lain dapat barang lain, rugi RM10 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Keghairahan pengguna membeli bara­ngan melalui platform e-dagang akhirnya memakan diri apabila kira-kira RM10 juta kerugian dicatatkan selepas tidak mendapat barangan yang diinginkan.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa), Datuk Seri Dr. Jacob George berkata, penipuan pembelian barangan secara dalam talian atau e-dagang antara kategori aduan paling kerap dilaporkan dengan lebih 800 aduan sebulan.

“Setiap minggu ada sahaja pengguna membuat laporan mereka rugi ratusan malah ada ribuan ringgit. Boleh katakan sebulan lebih 800 kes diterima melibatkan kerugian sekitar RM7 juta hingga RM10 juta.

“Kerugian ini hanya berdasarkan laporan yang dite­rima, namun kami percaya angka berkenaan bertambah susulan kemunculan banyak platform e-dagang yang tumbuh ibarat cen­dawan selepas hujan terutama selepas pandemik Covid-19.

“Kasihan pengguna yang menyimpan duit semata-mata mahu beli sesuatu yang diinginkan, tapi kena tipu. Barang sampai tak sama yang dipesan, kualiti teruk, bayar harga original tetapi dapat yang ‘copy ori’,” katanya.

Bercerita lanjut, Jacob memberitahu, taktik penipuan baharu apabila pengguna sendiri mengambil kesempatan menjadi peniaga.

“Mereka tidak simpan barang, tetapi sibuk promosi barangan peniaga lain, jadi bila ada pem­beli membeli klik pautan link yang disediakan, risiko besar untuk ditipu adalah tinggi,” jelasnya.

Jacob mendakwa, kebanyakan peniaga menggunakan modus operandi yang tidak bertanggungjawab demi menarik minat pembeli baharu.

“Peniaga seolah-olah me­ngupah ‘pembeli hantu’ untuk meninggalkan komen serta reviu menarik selain memberi ‘rating’ lima bintang bagi mengaburi mata pembeli.

“Kalau perasan, diruang komen bagi maklum balas pembeli me­ngenai produk, ayat-ayat mereka seperti sama sahaja, ada yang siap tulis kata produk ini memang terbaik, melambung puji.

“Bila ada pembeli komen secara peribadi, tegur produk mereka, komen itu akan segera dibuang, jadi bagaimana nak jadi rujukan pembeli baharu, kalau banyak yang tipu dari maklumat betul.

“Tetapi jadi pembeli kena bijak dan cerdik, jangan mudah percaya dengan membaca reviu semata-mata, semak latar belakang kedai atau syarikat, semak butiran barangan dengan betul sebelum beli, kalau tidak, memang akan masuk perangkap peniaga seperti itu,” ujarnya.

Jacob berkata, dalam usaha menangani, peranan tiga kementerian termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup penting bagi memantau peniaga-peniaga di platform e-dagang.

Selain itu, katanya, tambahan syarat pembayaran melalui perkhidmatan penghantaran (COD) oleh pihak kurier.

“Sistem COD bagus, namun ia masih tidak mampu untuk menangani kes penipuan kerana pembeli tidak boleh memeriksa barang tersebut sama ada dalam keadaan baik atau sebaliknya.

“Kalau kita boleh tambah syarat ini, saya yakin kita dapat kurangkan kerugian dan penurunan kes penipuan pembelian secara dalam talian ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN