fbpx

Nasib Isa Samad rayuan sabitan, hukuman kes rasuah 28 November ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan 28 November depan bagi keputusan
rayuan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad terhadap sabitan dan hukuman penjara enam tahun serta denda RM15.45 juta atas sembilan kesalahan rasuah berkaitan pembelian sebuah hotel di Sarawak.

Sebelum ini, Hakim Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali (kini Hakim Mahkamah Rayuan) menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan menjadikan keseluruhan 54 tahun serta denda RM15.45 juta atau dipenjara 18 tahun jika gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, Mohd. Isa hanya perlu menjalani hukuman penjara enam tahun apabila mahkamah memerintahkan supaya kesemua hukuman penjara itu berjalan serentak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN