fbpx

Pusat panggilan ‘scammer’ di Pulau Pangkor diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

LUMUT – Polis melumpuhkan satu sindiket penipuan dalam talian selepas menyerbu sebuah rumah percutian atau ‘homestay’ yang dijadikan pusat panggilan penipuan (call centre) di Pulau Pangkor, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri, memberitahu, dalam serbuan itu seramai 97 suspek berusia antara 20 hingga 47 tahun yang berada dalam rumah tersebut ditahan.

Menurutnya, kesemua mereka disyaki terlibat dalam sindiket pelaburan dalam talian yang sebenarnya tidak wujud.

“Suspek terdiri daripada masing-masing seorang lelaki tempatan, lelaki warga China dan wanita China, serta 65 lelaki Vietnam dan 29 wanita Vietnam,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM51,254 serta tiga unit komputer riba, 120 unit telefon bimbit, dua modem dan dua buku nota.

Beliau memberitahu kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Jelasnya, kejayaan itu hasil kerjasama orang ramai yang membantu pihak polis dalam menyalurkan maklumat mengenai aktiviti meragukan yang dijalankan oleh penjenayah.

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat mengenai taktik penipuan dan modus operandi terkini yang digunakan sindiket penipuan menggunakan pelbagai platform media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI