fbpx

OPR naik lagi?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bank Negara Malaysia

PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka akan mengumumkan keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sedia ada pada tiga peratus hari ini.

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM dijadualkan bakal mengeluarkan Pernyataan Dasar Monetari pada pukul tiga petang ini, yang antara lain memberitahu tentang kedudukan OPR.

Ia juga merupakan Pernyataan Dasar Monetari terakhir untuk tahun ini.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari berkata, pihaknya percaya BNM akan membiarkan kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah bagi mengelakkan kejutan pasaran.

“Pasaran perumahan dan kewangan suka apabila kadar jatuh, tetapi mereka tidak suka pada kejutan, dan ramai menjangkakan keputusan untuk tidak mengubah kadar.

“Semua penunjuk termasuk inflasi dan angka pertumbuhan ekonomi mencadangkan bahawa Malaysia tidak memerlukan kadar yang lebih tinggi,” ujarnya baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI