fbpx

KKR perkenal platform inovasi tambah baik infrastruktur jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALEXANDER menyampaikan sijil kepada seorang penerima pada Majlis Penganugerahan Sijil Kompetensi Teknik JKR Malaysia Tahun 2023 di Dewan CREaTE, Alor Gajah, Melaka.

ALOR GAJAH – Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memperkenalkan program Sandbox Infrastruktur Jalan Pintar sebagai platform inovasi dalam menambah baik infrastruktur jalan di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, program itu membolehkan integrasi teknologi dikaji dan diuji bagi urusan pembinaan dan penyelenggaraan jalan secara inklusif.

Kata beliau, KKR mengalu-alukan penglibatan pemain industri tempatan dan antarabangsa serta agensi kerajaan untuk bersama-sama merealisasikan program berkenaan.

“Sandbox Infrastruktur Jalan Pintar selaras aspirasi kempen MYJalan dan hasrat kerajaan untuk memperkasakan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dengan penggunaan teknologi berketepatan tinggi dan cekap.

“Sebelum ini telah ada program rintis sebegini iaitu Sandbox Lebuhraya Pintar inisiatif oleh Plus Malaysia Berhad (Plus) bersama Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC).

“Bagaimanapun di peringkat KKR, saya sudah berbincang dengan kepimpinan atasan dan program ini adalah satu lagi kaedah untuk menggabungkan semua idea, tenaga dan sebagainya untuk lebih mempertingkatkan aspirasi teknologi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar Majlis Penganugerahan Sijil Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia Tahun 2023 di Dewan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE) di sini, hari ini.

Tambahnya, program rintis di bawah KKR itu masih di peringkat penerimaan idea daripada pelbagai pemain industri seperti kontraktor, syarikat konsesi lebuhraya serta pengguna sendiri.

Terdahulu, Alexander menyampaikan Sijil Kompetensi Tahap Empat kepada kepada 44 daripada 392 penerima dalam pelbagai disiplin antaranya kejuruteraan awam, mekanikal, ukur bahan dan arkitek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI