fbpx

Konflik Palestin-Israel: PM Belanda sedia runding dengan Israel henti serangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kanan) ketika mengadakan pertemuan bersama Rutte di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri Belanda sedia berunding dengan Israel dan meminta serangan ke atas Palestin dihentikan.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh rakan sejawat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Facebook, hari ini.

Anwar berkata, Mark Rutte malah turut menghormati pendirian Malaysia ke atas isu berkaitan Palestin dan bersetuju perlu ada langkah segera.

“Kami sempat bertukar fikiran mengenai isu semasa termasuk serangan ke atas Palestin.

“Beliau menghormati pendirian Malaysia dan setuju perlu ada langkah segera, hatta akan menghubungi pemerintah Israel dan juga melalui Qatar supaya ada rundingan bagi menghentikan serangan itu.

“Saya juga suarakan ketegasan Malaysia agar perlu ada usaha untuk menjamin keamanan dengan menghentikan serta-merta serangan ganas dan biadab ke atas rakyat Palestin yang tidak berdosa seperti anak kecil, wanita, orang awam serta kawasan hospital serta sekolah,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar memuji sikap Rutte yang sedia mendengar dan bertukar pandangan berkenaan isu terbabit.

“Saya memuji sikap Rutte yang mengambil sikap lunak untuk mendengar dan memberikan pandangan mengenai isu Palestin selain memberi jaminan supaya pandangan Malaysia dibawa untuk perhatian rakan-rakan di Eropah,” ujarnya.

Terdahulu media melaporkan, Rutte tiba di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, hari ini bagi lawatan kerja dua hari ke Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI