fbpx

Rani Mukerji ‘cintakan’ Shah Rukh Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RANI Mukerji masih teringat momen percintaannya dengan Shah Rukh menerusi filem Kuch Kuch Hota Hai.

NASKHAH Kuch Kuch Hota Hai gandingan Rani Mukherjee dan Shah Rukh Khan sudah memasuki tahun ke-25 menjadi filem ikonik dengan kisah cinta yang terus diingati peminat dunia.

Malah aktres yang menjadi tunjang utama filem pertama arahan Karan Johar itu mengakui masih mengingati detik berada dalam set penggambaran naskhah romantis tersebut.

Pada sambutan ulang tahun jubli perak filem berkenaan, aktres berusia 45 tahun itu mendedahkan jatuh cinta terhadap heronya saat pertama kali mereka bertentang mata.

“Shah Rukh Khan bagi saya mempunyai aura romantis yang tersendiri dan saya mencintai Shah Rukh sejak pertama kali saya melihatnya kerana dia lelaki paling mesra di planet ini,” katanya.

Walaupun tidak dapat hadir pada acara yang diadakan ada 15 Oktober lalu, Rani yang juga isteri kepada pengarah Aditya Chopra berterusan memuji Raja Bollywood itu.

Kuch Kuch Hota Hai menceritakan kisah cinta segi tiga antara Rahul Khana (Shah Rukh Khan), Anjali Sharma (Kajol) dan Tina Malhotra (Rani Mukerji).

Anjali kecewa dan patah hati ketika mengetahui bahwa Rahul mencintai Tina sehingga memutuskan untuk pergi menjauh dari kehidupan mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI