fbpx

Leona buat hal lagi, belanja ‘lurah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Leona sekali lagi mencuri tumpuan netizen apabila berkongsi untaian gambar 'menonjolkan' payudaranya.

PETALING JAYA – Nama anak puteri kesayangan Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona sekali lagi ‘panas’ apabila menggayakan pakaian mencolok mata sehingga menampakkan lurah payudara.

Rata-rata netizen menyifatkan tindakan Leona yang kini berada di Bath, Englah sebagai keterlaluan dan tidak menghormati mangsa serangan Zionis di Palestin.

“Terlalu keterlaluan untuk situasi sekarang,” tegas netizen.

“Awak tidak pernah muat naik mengenai Palestin walaupun awak ada ramai kawan pelbagai negara untuk bantu sebarkan kebaikan,” ujar seorang pemerhati.

“Mohon ibu bapa nasihatkan Leona, lebih-lebih lagi umat Islam sedang bersedih dengan isu yang berlaku di Gaza,” kata pengikutnya.

Leona dilihat memakai gaun tutu berwarna merah jambu dan korset berwarna putih yang dipadankan dengan aksesori cekak telinga arnab di kepala sebagai pelengkap gaya.

Pakaian digayakan anak kembar Azhar itu dikatakan seperti Regina George menerusi filem Mean Girl yang dilancarkan pada 2004.

Bagaimanapun, Azhar dilihat mempertahankan puterinya apabila memuat naik foto Leona melawat Masjid Al-Aqsa di Palestin.

“Sekurang-kurangnya dia pernah menjejakkan kaki ke sana dan melihat sendiri penindasan yang berlaku.

“Semoga Allah membuka hati kita semua,” tulisnya dalam ruangan kapsyen.

Namun, pelakon berusia 52 tahun itu telah memadam hantaran yang dimuat naik pada pagi semalam.

Sebagai rekod, ini bukan kali pertama gadis berusia 21 tahun itu dikecam kerana berpakaian seksi ketika berada di luar negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI