fbpx

Hoki: Skuad wanita negara raih mata sulung di ACT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN negara meraikan gol penyamaan untuk mengikat Korea Selatan 1-1 pada aksi ketiga Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia (ACT) Wanita 2023 , sebentar tadi.

RANCHI (INDIA) – Skuad hoki wanita negara memperoleh mata pertama di Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia (ACT) Wanita 2023 selepas mengikat Korea Selatan 1-1 pada perlawanan ketiga di Stadium Hoki Marang Gomke Jaipal Singh, sebentar tadi.

Keputusan itu menyerlahkan kebangkitan anak buah Mohd Nasihin Nubli Ibrahim memulakan kempen dengan kekalahan 0-3 kepada juara bertahan, Jepun dan dibelasah tuan rumah 0-5 pada aksi kedua, kelmarin.

“Kita melakukan pertukaran struktur pasukan terutamanya di bahagian pertahanan dan menukar pemain di posisi berbeza. Jelas pendekatan ini berjaya memberikan kesukaran kepada Korea Selatan untuk dapatkan jaringan.

“Alhamdulillah kita berjaya dapatkan mata pertama dan ini sebenarnya dalah hasil kerjasama baik daripada barisan kejurulatihan dan juga pemain pada sebelum perlawanan,” katanya.

Terdahulu, skuad negara jelas menghadirkan saingan ketika Korea Selatan dihimpit kecewa kerana gagal menyempurnakan empat pukulan sudut penalti sepanjang dua suku pertama perlawanan.

Sebaik aksi memasuki minit ke-35, skuad kendalian Han Jin-soo segera perbaiki kelemahan sepanjang babak pertama apabila Seo Suyoung memanfaatkan peluang terhidang menerusi pukulan sudut penalti.

Bagaimanapun, ketika Korea Selatan di ambang kemenangan, Nur Afiqah Syahzani Azhar muncul penyelamat skuad negara selepas menyempunakan pukulan sudut penalti bagi memastikan jaringan penyamaan.

Malam esok skuad negara akan turun ke gelanggang buat kali keempat bertemu China sebelum melengkapkan saingan awal menentang Thailand, Khamis ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI