fbpx

Starlink: Lebih 500 penduduk Kampung Langsat di Ranau kini ada internet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi (dua dari kiri) memeriksa kelajuan Starlink di Kampung Langsat, Ranau, Sabah pagi tadi.

PETALING JAYA – Lebih 500 penduduk Kampung Langsat, Ranau, Sabah telah mempunyai akses kepada talian internet dengan pemasangan Starlink.

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil berkata, beliau telah memeriksa sendiri kelajuan Starlink di Kampung Langsat pagi tadi.

“Sebelum ini, langsung tiada talian internet atau telekomunikasi di kawasan ini.

“Alhamdulillah dengan pemasangan Starlink dua bulan lepas, lebih 500 penduduk di kawasan setempat mendapat manfaat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Fahmi berkata, beliau telah memaklumkan kepada penduduk kampung tersebut pemasangan Starlink hanya langkah interim.

Menurut beliau, sekarang ini dalam fasa penyediaan tapak pemasangan internet dan telekomunikasi di kawasan itu yang dijangka selesai menjelang suku ketiga 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI