fbpx

Konflik Palestin Israel: Elon Musk sedia akses internet Starlink di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Musk bimbang tentang ketiadaan semua rangkaian komunikasi dan internet di Semenanjung Gaza. - AFP

WASHINGTON – Bos Tesla, Elon Musk mengumumkan semalam bahawa sistem telekomunikasi berasaskan satelit miliknya, Starlink akan memperluaskan perkhidmatan kepada organisasi bantuan yang diiktiraf antarabangsa di Semenanjung Gaza.

Langkah itu diambil selepas Israel memutuskan rangkaian komunikasi yang menyebabkan wilayah Palestin terputus hubungan dengan dunia luar, lapor agensi berita Anadolu.

Musk berkata di laman X: “Starlink akan menyokong sambungan komunikasi kepada organisasi bantuan diiktiraf antarabangsa di Gaza.”

Beberapa jam kemudian, Musk sekali lagi memaklumkan di laman X: “Kami akan menyokong kumpulan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan organisasi lain yang diiktiraf masyarakat antarabangsa.”

Terdahulu, Musk mengadakan perbualan bersama beberapa aktivis dan pegawai dalam platform X dengan mereka menyuarakan kebimbangan tentang ketiadaan semua rangkaian komunikasi dan internet di Semenanjung Gaza dan kesannya terutama pada operasi PBB serta perkhidmatan kesihatan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI