fbpx

Hantar mesej dalam kumpulan elak anak tertinggal dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pengasuh atau kakitangan taska perlu saling berkomunikasi bagi mengelakkan kes-kes bayi atau kanak-kanak tertinggal di dalam kenderaan sehingga menyebabkan kematian.

Tip itu dikongsikan Public Health Malaysia susulan kejadian seorang bayi perempuan berusia 16 bulan yang maut selepas ditinggalkan secara tidak sengaja di dalam kereta bapanya di Terengganu.

Bayi itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh bapanya pada pukul 4.30 petang.

“Pengasuh atau penjaga taska harus bertanya kepada ibu bapa tentang kehadiran anak masing-masing menerusi mesej kumpulan bagi memastikan mereka tidak terlepas pandang.

“Usaha ini nampak kecil tetapi ia dapat mengingatkan ibu bapa sama ada sudah menghantar anak ke pusat jagaan kanak-kanak atau sebaliknya,” ujarnya.

Perkongsian itu mengundang reaksi positif daripada ibu bapa. Rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan yang dicadangkan.

“Ya, alhamdulillah taska anak saya dah buat. Moga semua mendapat kebaikan,” komen Shahirah Mohd Shukri.

“Saya setuju, sekarang sudah ada taska dengan aplikasi untuk kita pantau anak di taska,” kongsi Khadijah Rais.

“Nampak macam remeh untuk memberitahu kehadiran kanak-kanak dalam WhatsApp, tetapi implikasinya sangat besar. Kita boleh mengelak tragedi yang sama berulang,” tulis Noor Khairilliza Johari.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI