fbpx

McD Malaysia jawab 4 soalan netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – McDonald’s Corporation tidak boleh membiayai atau terlibat di dalam sebarang bentuk keganasan dan penindasan di mana-mana negara sekali pun.

Perkara itu antara jawapan dimuat naik oleh McDonald’s Malaysia susulan satu daripada empat soalan netizen negara ini iaitu ‘adakah pembayaran royalti kepada McDonald’s Corporation digunakan untuk menindas rakyat Palestin?’.

“Sebagai sebuah syarikat milik awam yang tersenarai di bursa saham, wang perbelanjaan McDonald’s Corporation adalah tertakluk kepada undang-undang, kod etika perniagaan, sistem tadbir urus dan pengauditan yang sangat ketat dan telus,” menurut jawapan tersebut yang dimuat naik pada media sosial rasmi McDonald’s Malaysia.

Berhubung pertanyaan mengenai pendirian McDonald’s Malaysia terhadap konflik Palestin-Israel, mereka menegaskan tidak terlibat dalam konflik politik atau agama di mana-mana negara.

“Walaubagaimanapun, McDonald’s Malaysia amat prihatin dan peka dengan krisis kemanusiaan yang akan berlaku setiap kali tercetusnya konflik Palestin-Israel.

“Kami telah dan akan terus menyokong usaha kerajaan Malaysia dalam misi bantuan kemanusiaan di kawasan-kawasan terkesan,” tegasnya.

McDonald’s Malaysia memberi penjelasan terhadap empat soalan netizen di media sosial rasmi mereka.

Dalam pada itu, McDonald’s Malaysia (Gerbang Alaf Restaurants Sdn. Bhd.) adalah sebuah syarikat operasi tempatan dan perniagaan yang dimiliki 100 peratus oleh orang Islam sejak diambil alih Lionhorn Pte. Ltd., sebuah anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi pada tahun 2017.

Mengenai pembayaran royalti kepada McDonald’s Corporation pula, dalam dunia perniagaan francais, ia semata-mata bertujuan mendapatkan hak menggunakan jenama dan sistem perniagaan McDonald’s.

“Ini membolehkan pelanggan mendapat pengalaman yang sama apabila mereka berada di mana-mana restoran McDonald’s di Malaysia atau negara lain,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI