fbpx

KOM terima tajaan bernilai RM5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHIDAN (tengah) bersalam dengan Mohd. Zahidi sebagai simbolik perjanjian penajaan antara KOM dan Cahya Mata di Hotel Sheraton sebentar tadi.

PETALING JAYA – Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) kini boleh berdiri sebaris persatuan-persatuan sukan elit kebangsaan apabila diberi kepercayaan menerima tajaan bernilai RM5 juta.

Suntikan dana itu menerusi perjanjian kerjasama dengan syarikat konglomerat, Cahya Mata Sarawak Berhad (Cahya Mata) sebagai rakan strategik KOM selama tiga tahun berkuat kuasa dari 2023 hingga 2025.

Difahamkan, jumlah itu merupakan antara tajaan terbesar pernah diterima KOM dalam sejarah penubuhan badan induk olahraga tersebut.

Ia sekali gus membuktikan KOM kini berada di landasan tepat untuk menempa kejayaan lebih gemilang pada masa depan seperti dilakukan ketika meraih tiga pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou di China baru-baru ini.

Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, tajaan yang disalurkan bakal menjadi peranan penting bagi mereka untuk mencapai matlamat dalam pembangunan atlet olahraga tanah air.

SHAHIDAN (dua dari kiri) berbangga kerana KOM diberi kepercayaan menerima tajaan bernilai RM5 juta daripada Cahya Mata pada majlis diadakan di Hotel Sheraton sebentar tadi.

“Dana ini menjadi sokongan yang amat penting dalam memberikan sokongan kewangan, sumber daya menerusi kejurulatihan dan pembangunan atlet olahraga. Ini penaja besar khusus untuk tujuan tersebut.

“Melalui penajaan ini, ia memberi kemudahan terkini dan jurulatih berpengalaman. KOM kini bersedia memastikan atlet mencapai prestasi antarabangsa selain memupuk persekitaran yang membolehkan mereka mencapai kecemerlangan.

“Dengan bantuan dan sokongan ini, pencapaian dan kejayaan dalam sukan olahraga akan terus menjadi kenyataan dalam memungut lebih banyak pingat emas,” katanya pada sidang media majlis perjanjian penajaan antara KOM dan Cahya Mata di Hotel Sheraton sebentar tadi.

Perkongsian strategik antara dua pihak itu bertujuan memperkasakan lagi program di peringkat akar umbi serta meningkatkan lagi imej sukan olahraga di tanah air.

Ia secara tidak langsung memastikan mereka lebih berdaya saing dan berada di kedudukan yang terbaik dalam landskap sukan di peringkat antarabangsa secara global.

SEBAHAGIAN atlet dan jurulatih olahraga bersama barisan kepimpinan tertinggi KOM pada majlis perjanjian penajaan bersama Cahya Mata di Hotel Sheraton sebentar tadi.

Pengerusi Kumpulan Cahya Mata, Jeneral (B) Tan Sri Dr. Mohd. Zahidi Haji Zainuddin berkata, perkongsian itu mencerminkan kepercayaan mereka terhadap potensi atlet Malaysia.

“Komitmen kami untuk memastikan bakat mereka dapat dimanfaatkan dalam melonjakkan prestasi demi mencapai kejayaan di pentas antarabangsa dan memperkasakan pencapaian Malaysia dalam sukan olahraga,” jelasnya.

Justeru, tidak mustahil Malaysia dapat melihat atlet olahraga negara layak secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Sandaran utama kini digalas dua pemenang pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou iaitu Muhammad Azeem Mohd. Fahmi (100 meter) dan Shereen Samson Vallabouy (400m). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN