fbpx

Mana-mana pasukan boleh beri ancaman – Myong-bo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MYONG-BO percaya pemainnya sudah matang dalam memastikan pasukan meraih keputusan positif menjelang aksi menentang JDT pada aksi ACL malam ini.

PENGENDALI skuad Ulsan Hyundai, Hong Myong-bo me­ngakui mana-mana pasukan yang bakal ditentang dalam kancah Liga Juara-Juara Asia (ACL) termasuk Johor Darul Ta’zim (JDT) boleh memberikan ancaman tersendiri.

Menurut Myong-bo, barisan pemain perlu memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri sekiranya mahu melakar kemenangan ke atas skuad Harimau Selatan kendalian Esteban Solari itu.

“Semua perlawanan adalah penting buat pasukan kami dan mana-mana pasukan yang kita temui boleh memberikan ancaman.

“Saya percaya pemain sudah cukup matang dalam memastikan hasrat pasukan untuk meraih keputusan positif dapat direalisasikan.

“Apa yang pasti, saya yakin pasukan lawan akan bermain tanpa sebarang tekanan tetapi pemain tidak mahu anggap ia sebagai perlawanan mudah andai mahu mengutip mata berharga,” katanya.

Sebagai rekod, kedua-dua pasukan pernah bersaing di peringkat yang sama pada kempen ACL yang lepas dengan JDT berjaya menang 2-1 pada ke­dua-dua perlawanan, sekali gus muncul juara kumpulan.

Bagaimanapun, Ulsan kini dilihat pasukan yang berbeza memandangkan status mereka sebagai juara Liga Korea Selatan (K1) musim lepas.

Malah, mereka juga memiliki ramai pemain terbaik termasuk tonggak import yang perlu diberi perhatian seperti Gustav Ludwigson dan Martin Adam selain bintang tempatan termasuk kapten, Jung Seung-hyun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI