fbpx

Konflik Palestin-Israel: ‘OIC dan Liga Arab hanya cakap kosong’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluahkan rasa kesal susulan tiada tindakan tegas diambil oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Negara-Negara Arab terhadap rejim Zionis yang berterusan melakukan pembunuhan rakyat Palestin.

Ujar Ahli Parlimen Bera itu, ketika berucap dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tahun lepas, beliau telah menegaskan agar isu Palestin ditamatkan dan supaya kuasa veto dihapuskan kerana tindak-tanduk Amerika Syarikat yang menjadikan dunia semakin huru-hara.

“Saya senada dengan negara-negara Islam lain seperti Ireland, Sepanyol, Norway, Brazil dan Columbia yang mendesak kegilaan Israel dihentikan. OIC dan Liga Arab perlu mengambil tindakan tegas terhadap Israel.

“Namun kita kesal sehingga ke hari ni kita tidak nampak tindakan tegas yang diambil oleh OIC dan Liga Arab kecuali hanya bercakap kosong.

“Sepatutnya OIC dan Liga Arab mesti menunjukkan pada dunia bahawa semua negara Islam bersatu sama-sama dan satu tindakan tegas perlu diambil,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2024, di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, pejuang Hamas dan askar Rejim Zionis bertempur di darat secara singkat di Semenanjung Gaza semalam.

Pertempuran tercetus ketika tentera Israel meningkatkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza menjelang fasa peperangan seterusnya.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI