fbpx

Geng militia bakar 35 bas di Rio de Janeiro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keganasan Brazil

BRASILIA  – Anggota-anggota militia membakar 35 buah bas di Rio de Janeiro semalam selepas seorang ketua mereka terbunuh dalam operasi polis, menyebabkan beberapa kawasan bandar raya itu lumpuh, kata beberapa pegawai.

Situasi huru-hara tercetus di barat Rio de Janeiro selepas operasi polis yang dikatakan oleh Gabenor negeri Rio, Claudio Castro telah membunuh anak saudara dan orang kanan kepada bos militia dikenali sebagai Ziho. 

Castro berkata, polis melakukan ‘tamparan hebat terhadap salah satu kumpulan militia terbesar di barat Rio de Janeiro’.

Beliau menyifatkan individu yang maut dan dikenali sebagai ‘Faustao’ itu sebagai ketua penjenayah yang tidak asing lagi dalam kalangan penduduk tempatan

Datuk Bandar Rio de Janeiro,  Eduardo Paes menggelar anggota-anggota militia itu sebagai ‘si dungu dan penjenayah’ dalam satu hantaran di laman X.

“Anggota-anggota militia di sebelah barat membakar bas-bas yang dibayar menggunakan wang rakyat sebagai membantah operasi polis,” katanya.

Dewan Bandar Raya Rio de Janeiro mengisytiharkan amaran tahap tiga pada skala satu hingga  lima di bandar yang menjadi destinasi percutian popular itu dan member amaran risiko ‘insiden impak tinggi’ kepada penduduk.

Kumpulan-kumpulan militia separa tentera menguasai lebih separuh kawasan di Rio de Janeiro dan melakukan keganasan di kejiranan-kejiranan miskin yang menjadi tempat tinggal kepada lebih dua juta penduduk, demikian menurut satu kajian pada 2020. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI