fbpx

Phantom V Flip 5G harga bawah RM3,000, telefon lipat unggul!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sub-jenama premium Tecno, Phantom V Flip 5G mula terjual di pasaran Malaysia bermula hari ini.

TELEFON pintar Phantom V Flip 5G dilancarkan dengan harga runcit bermula RM2,999 bermula hari ini. Ia merupakan telefon boleh lipat clamshell pertama keluaran Tecno yang memberi fokus terhadap peranti spesifikasi pertengahan (flaghship).

Telefon penuh revolusi tersebut menetapkan standard baharu dalam integrasi teknologi canggih dan estetika fesyen yang tinggi, dengan sistem kamera 64MP+13MP+32MP kuat, skrin penutup bulatan yang unik, dan reka bentuk yang terinspirasi oleh kosmos yang menakjubkan.

Skrin penutup Phantom V Flip 5G dilengkapi dengan pra-tontonan yang mudah untuk gambar kamera utama Sensor Utama 64MP RGBW Ultra Sensitive yang menakjubkan.

Dari segi rekaan, panel belakangnya pula menggunakan bahan berasas kulit yang boleh didapati dalam dua kemasan warna sama ada hitam atau ungu.

Dwi-kamera, AMOLED

Menampilkan skrin sekunder sebesar 1.32-inci sejenis AMOLED (466 X 466 piksel) berbentuk bulat, ia juga dimuatkan dengan sokongan dwi-kamera utama.

Peranti ini turut menawarkan skrin utama sebesar 6.9-inci AMOLED FHD+ dengan nisbah aspek 20:9 dan kadar segar semula 120Hz.

Imbasan cap jari

Dilengkapi dengan teknologi terbaharu peranti telefon, Phantom V Flip 5G boleh berfungsi dengan baik mencapai 200,000 kali lipatan tanpa kesan yang ketara.

Turut disertakan adalah sistem imbasan cap jari sisi yang diintegrasikan pada butang kuasa.

Peranti juga tersedia dengan teknologi System FreeCam Phantom V Flip 5G.

Peranti juga menggunakan cip MediaTek Dimensity 8050, memori memori 8GB RAM LPDDR4 dan storan 256GB untuk tunjang utamanya.

Bateri tahan lama!

Dari segi kapasiti bateri, Phantom V Flip 5G dilengkapi dengan bateri sebesar 4,000mAh dengan pengecasan pantas 45W menerusi port USB-C.

Dalam pada itu, dari sudut kualiti kamera, peranti ini tersedia dengan konfigurasi kamera utama 64MP + 13MP dan kamera swafoto sebesar 32MP.

45W Flash Charging membolehkan pemilik peranti mengecas dengan pantas.

Lain-lain spesifikasi termasuklah sokongan 5G terbina, bluetooth 5.3, NFC dan menjalankan HiOS 13.5 tersesuai yang dibina berasaskan Andoid 13.

Untuk maklumat lanjut berhubung pembelian, layari https://www.tecno-mobile.com/my/

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI