fbpx

Doktor di Britain tersilap keluarkan ovari dari badan wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pakar bedah bertugas di bilik bedah. - Getty Images

LONDON – Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Britain merekodkan kira-kira 151 kesilapan besar yang dilakukan oleh kakitangan hospital negara itu antara 1 April hingga 31 Ogos lalu.

Akhbar Mirror UK melaporkan, antaranya adalah doktor tersilap mengeluarkan ovari daripada badan seorang wanita dan melakukan pembedahan tulang belakang di bahagian yang salah.

Berdasarkan laporan kes besar yang dikenali sebagai ‘Never Events’ itu, terdapat 80 kes pembedahan di bahagian badan yang salah dan 14 kes pesakit diberi implan yang salah.

Laporan NHS turut memperincikan 27 kes mengenai objek asing seperti wayar dan jarum yang tertinggal di dalam badan pesakit.

Hospital Universiti Birmingham merekodkan lapan kesilapan besar dalam tempoh tersebut, dua kaki ganda berbanding hospital lain.

Ketua Eksekutif Persatuan Pesakit, Rachel Power berkata: “Jumlah ‘Never Events’ kekal tinggi dari tahun ke tahun.

“Ia adalah insiden serius yang boleh dielakkan kerana hospital dan klinik mempunyai sistem untuk mencegahnya. Kesan fizikal dan psikologi dialami pesakit boleh kekal sepanjang hidup mereka,” katanya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI