fbpx

Remaja berpesta tuang bir dalam mulut ular sawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kumpulan remaja itu menganiaya ular tersebut ketika sedang berpesta di dalam semak. - Facebook

CAPE TOWN, Afrika Selatan – Sekumpulan remaja di Afrika Selatan diburu pihak berkuasa kerana menganiaya haiwan selepas mereka memasukkan bir ke dalam mulut seekor ular sawa ketika sedang berpesta. 

Portal berita MailOnline melaporkan, suspek-suspek didakwa ular sawa sepanjang 1.8 meter yang dilindungi itu ketika berpesta di dalam semak sebelum membuka rahangnya untuk menuangkan bir.

Pakar-pakar ular menyatakan bahawa organ dalaman reptilia tidak mampu menyesuaikan diri dengan alkohol dan ia akan membakar tisu dalamannya selain menyebabkan kerosakan teruk atau kematian.

Dalam sebuah klip video, dua lelaki dilihat memegang ular itu sebelum seorang lagi lelaki menuangkan sebotol bir ke dalam mulut reptilia tersebut.

Orang ramai di sekeliling mereka dilihat ketawa sebelum lelaki tersebut cuba menuangkan sebotol lagi bir ke dalam mulut ular tersebut.

Persatuan Kebangsaan bagi Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (NSPCA) telah memuat naik video itu ke laman webnya untuk mendapatkan maklumat.

Seorang jurucakap NSPCA berkata: “Ia adalah spesies ular sawa batu Afrika yang terancam atau dilindungi dan kami akan mengambil tindakan undang-undang.

“Siasatan penuh sedang dijalankan dan sebarang maklumat penting akan membantu kami kerana sukar untuk mengesan pelaku dalam video yang disiarkan dalam talian,” katanya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI